KUALA LUMPUR – Puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa mula membanjiri luar pagar masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk didakwa di mahkamah di sini.
Najib akan dibawa dari lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan semalam dan dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas lebih 10 pertuduhan pecah amanah berkaitan SRC International Bhd. – MalaysiaGazette