Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan mengaku tewas namun berpendapat tidak semua dakwaan terhadapnya benar.

Dalam rakaman video malam tadi bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau tidak sempurna.

“Saya memang tidak sempurna namun percayalah tuduhan kepada saya dan keluarga itu tidak semuanya benar.

“Saya disiasat namun semuanya tidak konklusif, khabar angin dan fitnah.

“Ya saya tewas dan akur dan mungkin terdedah kepada tohmahan lebih dashyat,” ujarnya.

Malam tadi Najib ditahan pihak berkuasa dan akan didakwa di mahkamah pagi ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast