KUALA LUMPUR – Pelakon Ellie Suriaty mencuri tumpuan apabila dia hampir ditahan polis selepas membuat kecoh pada sidang media Peguam Negara, Tommy Thomas di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kejadian menjadi agak tegang apabila Ellie menyertai orang ramai yang rata-rata penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjerit agar Tommy bercakap dalam bahasa Melayu.

Ketika itu, Tommy baru memulakan sidang medianya selepas berakhir prosiding kes Najib di Mahkamah Tinggi Jenayah di aras lima.

Tommy terpaksa membatal sidang medianya namun orang ramai terus menjerit dengan laungan ‘bahasa Melayu’.

Namun Ellie dilihat agak agresif dan dilihat bertekak dengan anggota polis sebelum dibawa ke luar dari lobi.

Ellie bagaimanapun terus menjadi emosi apabila dia terus menjerit kepada anggota polis bersama beberapa individu lain.

Dia bagaimanapun dilepaskan atas budi bicara anggota polis dengan syarat bersurai dan dibawa ke parkir kereta untuk ditenangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast