Foto Instragram Amy Search.
Foto Instragram Amy Search.

KUALA LUMPUR – Rocker terkenal, Amy Search meluahkan rasa apabila isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.

Menerusi Instagram kelmarin, Amy, 60, memberitahu kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Penyanyi lagu Issabela itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.

Dalam pada itu, Amy memberitahu, dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA.  AmeenYRA,” luah Amy.

Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast