Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.

Kedudukan rizab semasa mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Menurut Bank Negara, paras rizab itu telah mengambil kira penyelarasan sukuan bagi perubahan pernilaian semula tukaran asing disebabkan oleh pengukuhan dollar Amerika berbanding rizab asset yang dipegang Bank Negara dalam matawang lain.

Rizab mata wang asing jatuh AS$98.3 bilion berbanding AS$101.4 bilion setakat 14 Jun manakala rizab Tabung Kewangan Antarabangsa meningkat kepada AS$900 juta berbanding AS$800 juta sebelumnya.

Hak pengeluaran khas kekal pada AS$1.2 bilion walaupun nilai emas turun kepada AS$1.5 bilion berbanding AS$1.6 bilion, rizab aset lain turut menyusut kepada AS$2.8 bilion berbanding AS$2.9 bilion.

Aset keseluruhan bank negara setakat 29 Jun lalu adalah RM449.37 bilion manakala matawang dalam kitaran adalah RM109.34 bilion.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast