Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dimasukkan ke Wad Rawatan Jantung (CRW) Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini kerana serangan sakit jantung. - foto BERNAMA
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dimasukkan ke Wad Rawatan Jantung (CRW) Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini kerana serangan sakit jantung. - foto BERNAMA

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dimasukkan ke Wad Rawatan Jantung (CRW) Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi kerana serangan sakit jantung.

Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri I itu, Muhasdey Muhamad berkata Ahmad Zakiyuddin mengalami sakit dada ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas pada pukul 12 tengah hari ini.

“Datuk Ahmad Zakiyuddin mengadu sakit dada selepas itu beliau terus dibawa ke KPJ Bandar Perda (hospital swasta) sebelum dipindahkan ke CRW HPP,” katanya menerusi WhatsApp, di sini malam tadi.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal itu kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani rawatan angiogram pagi esok.

Ahmad Zakiyuddin, 60, yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat negeri, adalah antara lima muka baharu yang dilantik dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas Pakatan Harapan berjaya mempertahankan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lalu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast