Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mencabar Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam untuk meneruskan hasratnya menyamannya.
Mohd Shukri sedia menghadapi tindakan saman pemimpin NGO itu namun segala dakwaan dan pertuduhan hanya akan ditentukan oleh mahkamah kelak. “Itu hak dia buat lapor polis. Samanlah saya terima.
Biar mahkamah tentukan (prejudis),” katanya pada sidang media selepas Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages, di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.
dia rasa macam boss dia berkuasa lagi tu . dah lupa kalah . inilah akibat kalau mabuk dedak .