Mohamad Sabu menerima sumbangan dari Presiden MERHROM, Zafar Ahmad Abdul Ghani (tiga kiri) untuk etnik Rohingya di Bangladesh pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Raja di Dataran Rakyat Sri Andalas, Klang. foto FAREEZ FADZIL, 08 JULAI 2018

KLANG – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan terus membantu komuniti itu seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, etnik pelarian itu amat memerlukan sokongan dalam meneruskan kehidupan mereka.

“Kerajaan Pakatan Harapan diharap dapat meneruskan usaha membanti etnik rohingya seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu Zafar hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu di Taman Rakyat sebentar tadi.

Dalam majlis itu, persatuan itu menyerahkan sumbangan derma kepada etnik rohingya saudara mereka di Cox’s Bazar sebanyak RM8,000.

Kementerian Pertahanan dijangkakan ke Cox’s Bazar pada Khamis ini untuk misi bantuan kemanusiaan Rohingya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast