ENGLAND – Sadio Mane dikatakan akan berhijrah ke Real Madrid musim ini.
Bintang Liverpool itu dikaitkan dengan kelab gergasi La Liga Sepanyol selepas khabar kuat menyatakan Cristiano Ronaldo akan menyertai Juventus.
Real Madrid dikatakan bakal menandatangani bagi mendapatkan Eden Hazard dari Chelsea namun setakat ini tidak ada pengesahan berhubung berita tersebut.
Mane menjaringkan gol penyamaan menentang Real Madrid sebelum tewas 3-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah 27 Mei lalu.
Ditanya mengenai khabar angin itu, Mane berkata, dia gembira bersama Liverpool bulan lalu.
“Saya masih kekal bersama Anfield dan mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama the Kops,” katanya.
Bagaimanapun Mane masih belum mahu menutup pintu potensi berpindah ke Santiago Bernabeu.
“Kamu tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan,” tegasnya.
Bintang Senegal berusia 26 tahun itu kini dalam cuti selepas kempen Piala Dunia 2018 Rusia.
“Kesemua berita mengaitkan saya dengan Madrid hanyalah khabar angin. saya tidak tahu menahu mengenainya dan tidak pernah dihubungi oleh Madrid.
“Saya masih bersama Liverpool dan akan menyertai rakan skuad saya di Amerika Syarikat untuk perlawanan persahabatan pra musim,” katanya menjelang Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19.