SAN FRANCISCO – Tim Leissner, bekas rakan kongsi Goldman dan Pengerusi Asia Tenggara, sedang berbincang dengan pendakwa Amerika Syarikat untuk mengaku bersalah atas tuduhan jenayah berhubung skandal 1Malaysia Devepment Berhad (1MDB).
Leissner, yang belum menghadapi sebarang persetuduhan, sedang mencari persetujuan dengan pendakwa untuk memberi kerjasama bagi siasatan 1MDB dan Goldman
Jurucakap Goldman berkata, “kami akan terus bekerjasama untuk mengawal selia siasatan secara berterusan”.
Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Peguam Amerika Syarikat di Brooklyn dan jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas. – MalaysiaGazette