Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercakap ketika sesi sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Penaja Tanggungjawah Sosial Korporat Yayasan kebajikan Negara, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Presint 4, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 10 JULAI 2018.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan telah memuktamadkan calon untuk dilantik sebagai Sepaker Dewan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Beliau yang juga Presiden Pakatan Harapan berkata, nama itu hanya akan diumum oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini atau esok. 

“Semalam kita adakan mesyuarat, ada satu calon.

“Perdana Menteri akan keluarkan nama Speaker yang kita telah pilih di persidangan yang akan datang.

“Tarikh yang sepatutnya diumum hari ini atau esok. Tun M akan menamakan,” katanya. 

Tambahnya, calon Speaker Dewan Rakyat itu dipilih menerusi mesyuarat pimpinan tertinggi pada Isnin. 

Dalam pada itu, Wan Azizah dalam sidang mediia itu mengumumkan penubuhan Tabung Rakyat Palestin untuk bantuan isu kemanusiaan. 

Tabung tersebut ditubuhkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast