erdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official
Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) akan melancarkan kenderaan sport utiliti (SUV) yang pertama, seawal-awalnya bulan Oktober ini.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, pelancaran SUV itu akan menetapkan perubahan baharu bagi Proton.

SUV Proton yang menggunakan teknologi China hasil kerjasama dengan Zhejiang Geely Holdings Group (Geely) itu merupakan sebahagian daripada rancangan pemulihan kewangan Proton.

Proton merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.

“SUV itu telah diuji oleh Tun Dr Maahathir dan beliau gembira. Kami mengambilnya sebagai tanda sokongan dan keyakinan beliau terhadap teknologi Geely,” ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast