IPOH, 11 Julai -- Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi. Penjualan unit tahfiz itu akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.?Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH – Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.

“Saya menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri pagi ini yang mahu berbincang dengan saya mengenai masalah yang dihadapi pusat ini.”

“Selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri saya akan mengumumkan keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz pada Ogos ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.-BERNAMA

 

Ustaz Kazim ‘terpaksa’ jual pusat tahfiz

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast