KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaamt menjalani pembedahan membuat ketumbuhan pada pankreas.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kini dalam keadaan stabil.
“Menteri Dalam Negeri telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang telah dapat dikesan pada peringkat awal.
“Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Hafiz, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan bercuti selama sebulan bagi menjalani rawatan perubatan susulan.
Dengan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri akan digalas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. -MalaysiaGazette