Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0395/0425 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 semalam.

Peniaga berkata, ringgit kekal berada di bawah tekanan berbanding dolar AS yang kukuh selepas data inflasi AS mengesahkan semula jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah dua kali lagi tahun ini.

“Dengan prospek kadar faedah AS yang tinggi merangsang dolar US dan menambah kebimbangan terhadap aliran keluar modal daripada pasaran baru muncul, ringgit mungkin akan menyaksikan lagi penyusutan,” kata peniaga berkenaan.

Bagaimanapun, pada penutup, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9643/9672 daripada 2.9651/9699 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7161/7212 daripada 4.7237/7312 semalam.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.3394/3438 daripada 5.3466/3552 dan meningkat berbanding yen kepada 3.5926/5959 daripada 3.6297/6352 sebelumnya. — BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast