Pengisian untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat berlaku perubahan dramatik sekali lagi apabila bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang merupakan ahli Parti Amanah Negara dikatakan akan dilantik untuk jawatan itu.

KUALA LUMPUR – Mula nama Tan Sri Rais Yatim disebut-sebut sesuai menjadi Speaker Dewan Rakyat yang baharu kemudiannya Lim Kit Siang dan Datuk Johari Abdul.

Bagaimanapun terkini nama bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pula disebut-sebut.

Malah beliau menjangkakan menerima surat lantikan rasmi daripada kerajaan selewat-lewatnya hari ini.

37121528_10155776002747712_2427257345215037440_n
Mohamad Arif Mohd. Yusof

“Saya pun masih tunggu ‘official’ kalau jadi…sebab kalau esok dah dekat sangat. Kita tengok macam mana.

“Takkanlah Ahad sebab Isnin dah nak mula dah,” katanya ketika dihubungi BH Online semalam.

Mohamad Ariff mengulas laporan media kelmarin yang menyebut beliau dan seorang lagi bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, antara disebut-sebut sebagai calon speaker yang baharu.

Terdahulu, difahamkan, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, menolak tawaran jawatan Speaker Dewan Rakyat dan turut memaklumkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

MGF23042018_SIDANG MEDIA PAKATAN HARAPAN06
Ketua Parlimen Pakatan Harapan, Datuk Johari Abdul 

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Perkara 57 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut seseorang ADUN yang dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat perlu mengundurkan diri daripada Dewan Undangan Negeri sebelum memulakan tugasnya.

Bagi Kit Siang, veteran DAP itu disebut-sebut namun enggan mengulas walaupun pemuda parti itu menyokong Kit Siang menjadi speaker berdasarkan pengalamannya dalam Dewan Rakyat.

MGF12112017_KongressKhasDAP12
Lim Kit Siang

Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsung selama 20 hari, mulai Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast