KUALA LUMPUR – Jumlah aliran keluar dana asing semakin menyusut kepada RM531.8 juta pada munggu lalu.

Ia merupakan penurunan buat minggu ketiga berturut-turut – juga aliran keluar paling rendah sejak 11 Mei 2018.

MIDF Amanah Investment Bank Berhad berkata, jualan bersih asing masih melepasi RM100 juta bagi tempoh tiga hari pertama minggu lalu dengan hari Selasa merekodkan aliran keluar tertinggi sebanyak RM177.4 juta.

Walaupun terdapat ancaman Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif tambahan bernilai AS$200 bilion bagi import China, sentimen pasaran di Asia bertambah baik pada hari Rabu, disokong oleh keuntungan semalaman di Wall Street berikutan keputusan suku tahunan pepejal PepsiCo.

Ini membatasi jumlah aliran keluar asing yang hari tersebut pada jumlah RM112.9 juta.

MIDF Research berkata, aliran keluar bersih asing merosot di bawah RM100 juta pada hari Khamis dan Jumaat, masing-masing kepada RM52.0 juta dan RM57.0 juta.

Penyusutan dalam jualan bersih asing disebabkan terutamanya oleh ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh kerajaan untuk projek LRT 3 dengan kos yang lebih rendah dan kemungkinan rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing.

FBM KLCI ditutup lebih daripada 1,700 mata untuk kali pertama sejak 20 Jun 2018 pada hari Khamis dan berada di atas paras itu pada minggu lalu.

Menurut MIDF Research, di antara empat pasaran ASEAN yang dipantau, jumlah aliran keluar dana asing di Malaysia adalah sebanyak AS$131.9 juta pada minggu lalu – kedua terbesar selepas Thailand yang menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak AS$169.5 juta.

Walau bagaimanapun, Malaysia merekodkan aliran keluar bersih asing kedua terendah di ASEAN bernilai RM8.06 bilion atau AS$2.01 bilion selepas Filipina pada tahun ke tahun.

Penyertaan aisng semakin pulih pada minggu lalu dengan nilai dagangan harian naik sebanyak 41 peratus kepada RM1.33 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast