Bank Pusat China
Bank Pusat China

BEIJING- Ekonomi China berkembang sebanyak 6.7 peratus pada suku kedua 2018 berbanding 6.8 peratus tempoh sama tahun lepas, demikian menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan hari ini.

Data tersebut menunjukkan penyusutan sederhana ekonomi kedua terbesar dunia itu disebabkan usaha-usaha kerajaan selama beberapa tahun untuk menangani risiko hutang kini mula menampakkan kesan kepada pertumbuhan.

Selain itu perang perdagangan dengan Amerika Syarikat yang telah menjejaskan eksport.

Undian penganalisis yang dijalankan oleh Reuters telah menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tempoh April-Jun 2018.

Ekonomi negara tersebut telah mula merasai kesan pemberian pinjaman berisiko sejak beberapa tahun lalu sekaligus menyebabkan kos pinjaman korporat meningkat dan memaksa bank pusat menyuntik lebih banyak tunai dengan memotong kelayakan rizab kepada peminjam.

Bagi perbandingan sukuan, KDNK China pada suku kedua berkembang sebanyak 1.8 peratus berbanding 1.4 peratus pada Januari-Mac. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast