SEOUL – Harga minyak susut dalam dagangan ini berikutan kebimbangan gangguan bekalan semakin surut dan aktiviti-aktiviti eksport di pelabuhan-pelabuhan Libya diteruskan.

Selain itu para pedagang juga melihat potensi peningkatan bekalan dari Rusia dan pengeluar-pengeluar lain.

Niaga hadapan Brent susut sebanyak AS$0.26 kepada AS$75.07 setong manakala West Texas Intermediate pula jatuh AS$0.27 kepada AS$70.74 setong.

Kekurangan bekalan di Libya dan tindakan tunjuk perasaan di Norway dan Iraq telah mendorong kenaikan harga bahan api itu pada hujung minggu lalu meskipun harga masih rendah bagi dua minggu berturut-turut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast