Home Seni Hidup Siti sekat komen negatif

Siti sekat komen negatif

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini penyanyi tersohor tidak mengambil pusing perihal komen negatif netizen di akaun Instagramnya, kini tidak lagi.

Ujar Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, pengguna akaun Instagram yang membawa unsur negatif di media sosialnya akan disekat.

““Saya sekarang memang akan sekat akaun-akaun yang bawa pengaruh negatif ke laman Instagram saya.

“Kita boleh tahu kalau niat dia komen itu sekadar mahu memberikan aura negatif memang saya akan terus sekat.

“Kalau kita muat naik benda yang baik pun, pasti akan ada sahaja orang yang bawa unsur-unsur negatif ini,” katanya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian mengulas kecaman netizen tentang video anak perempuannya, Siti Aafiyah yang dimuat naik.

Netizen mengecam dan mengkritik Siti membiarkan anaknya berenang menggunakan pelampung leper yang didakwa tidak selamat.

Lantaran itu, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menasihatkannya untuk mengurangkan muat naik posting mengenai anak mereka di laman sosial.

“Saya rasa belum masanya lagi untuk terlalu berkongsi mengenai Aafiyah. Sebelum ini pun ada yang meninggalkan komen berbaur negatif. Jadi bagi mengelak perkara sama berulang, suami berpesan agar tidak tidak terlalu kerap memuat naik gambar Aafiyah di Instagram.

“Bimbang nanti orang mengata selain tidak mahu dia menjadi sasaran segelintir netizen yang tidak berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bakal merakamkan single ciptaan Hael Husaini pada bulan September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast