SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merampas dokumen berkaitan Projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dalam serbuan hari ini.

Sumber SPRM berkata, operasi serbuan di beberapa syarikat itu juga menyaksikan pihak berkuasa mengambil beberapa dokumen berkaitan Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TGSP) dam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Serbuan itu dilakukan di sebanyak 13 lokasi berlainan sekitar Lembah Klang bermula 10 pagi tadi.

Lebih 50 pegawai SPRM dilaporkan telah hadir ke lokasi-lokasi berkenaan dalam serbuan sejak pagi dan berlarutan untuk beberapa jam.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM. Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan serbuan dan rampasan dokumen-dokumen berkaitan tiga projek berimpak tinggi itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran terperinci serbuan dan rampasan melibatkan syarikat syarikat itu. – MalaysiaGazette