Gambar hiasan

KUALA LUMPUR  – Bursa Malaysia dibuka pada aliran positif berikutan keyakinan pedagang disemarakkan oleh prestasi semalamam di Wall Street yang tinggi, kata peniaga.

Pada jam 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.25 mata kepada 1,760.32 daripada penutup semalam iaitu 1,753.07.

Indeks berkenaan dibuka 1.12 mata lebih kukuh pada 1,754.19.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 197 berbanding 92 manakala 223 kaunter tidak berubah dengan 1,414 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 159.27 juta unit dengan nilai RM84.07 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast