TOKYO – Harga minyak meningkat berbanding sesi sebelumnya selepas inventori gasolin, diesel dan minyak panas susut minggu lalu.

Niaga hadapan minyak Brent naik AS$0.08 kepada AS$72.98 setong. Brent naik sebanyak 1 peratus semalam selepas susut dalam tempoh tiga bulan disebabkan kenaikan dalam data stok dan pengeluaran.

West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak AS$0.20 atau 0.3 peratus kepada AS$68.96.

Inventori gasolin susut sebanyak 3.2 juta tong minggu selepas manakala diesel dan minyak panas jatuh 371,000 tong, menurut Pentadbir Maklumat Tenaga (EIA).

Stok minyak mentah Amerika Syarikat naik sebanyak 5.8 juta tong minggu lalu berbanding unjuran penurunan 3.6 juta tong.

Pengeluaran minyak mencecah 11 juta tong sehari, menurut EIA dan Amerika Syarkat telah menambah hampir satu juta tong sehari dalam pengeluarannya sejak November lalu.

Pasaran minyak jatuh minggu lalu selepas Arab Saudi dan ahli-ahli OPEC dan Rusia meningkatkan pengeluaran dan beberapa gangguan yang berlaku kembali pulih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast