Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Honda Malaysia berada pada landasannya untuk mencapai sasaran jualan 2018 iaitu sebanyak 109,000 unit, dengan 51,354 unit dijual pada enam bulan pertama tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda Malaysia menyebut, jualannya menyumbang sebanyak 17.7 peratus daripada Jualan Keseluruhan Industri (TIV) negara ini sehingga Jun 2018.

Honda Malaysia mengekalkan kedudukan nombor satu bagi segmen bukan nasional dan kedua bagi keseluruhan TIV pada setengah tahun pertama.

“Honda Malaysia menerima angka tempahan tertinggi dalam sejarah pada Jun dengan rekod sebanyak 20,000 unit.

“Penyumbang terbesar jumlah keseluruhan tempahan diperoleh pada bulan berkenaan adalah (model) City iaitu 36 peratus diikuti dengan CR-V dan Civic masing-masing sebanyak 14 peratus,” kata Honda Malaysia.

Menurut Honda Malaysia, prestasi jualan cemerlang pada Jun sebahagiannya dapat dikaitkan dengan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan serta promosi berterusan musim perayaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast