KUALA LUMPUR- Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menghargai jaminan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memperkasakan organisasi itu bersama-sama agensi lain di bawah kementerian tersebut.

Ia sekaligus menepis desas-desus kononnya institut itu akan ditutup hingga menimbulkan kebimbangan banuak pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif ITBN, Mohd. Khair Ngadiron berkata, selari dengan langkah proaktif yang diambil oleh kementerian, institut itu akan menggerakkan proses menambah baik keseluruhan operasi dalam memperkasakan dan menghasilkan formula perniagaan lebih berdaya saing dan mampu menjana keuntungan.

“Usaha ini adalah reaksi kepada pertimbangan kerajaan yang ketika ini sedang memantau semua syarikat berkaiatan kerajaan yang dilihat tidak menjana keuntungan material termasik ITBN.

“Sedangkan ITBN adalah syarikat yang distruktur untuk berfungsi sebagai institusi yang tidak berteraskan pulangan sebaliknya mensasarkan pembangunan dan perkembangan intelektual bangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khair menambah, ITBN akan meneliti lebih banyak judul besar dunia untuk tujuan penterjemah dan penerbitan bagi membolehkan ia dijadikan bahan rujukan ketamadunan bangsa dan negara.

Meskipun begitu, katanya, proses berkenaan membabitkan kos tinggi dan kebanyakan negara maju seperti Jepun dan Korea mendapat dana khusus.

Sehubungan itu, ITBN berharap usaha sama dapat diberi pertimbangan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast