Keranda batu purba yang ditemui di Iskandariah, Mesir.
Keranda batu purba yang ditemui di Iskandariah, Mesir.

ISKANDARIAH – Impian penduduk tempatan yang mengharapkan keranda batu purba yang ditemui di bandar itu mengandungi mayat Iskandar Zulkarnain tidak menjadi kenyataan apabila ahli arkeologi mendapati ia menempatkan mumia tiga sekeluarga.

Para pekerja yang melakukan kerja-kerja tanah secara tidak sengaja menemui keranda granit bewarna hitam berusia 2,000 tahun yang ditutup rapat pada bulan ini semasa kerja-kerja pembinaan sebuah apartmen di bandar pelabuhan Miditerranean, Iskandariah sedang dijalankan.

Keranda seberat 30 tan itu merupakan yang terbesar pernah ditemui di Iskandariah telah mencetuskan teori dalam kalangan penduduk tempatan dan media antarabangsa bahawa ia mungkin keranda pemerintah Greek purba yang membuka bandar tersebut pada 331 Sebelum Masihi (SM) dengan nama bandar itu diambil sempena pemerintah tersebut.

Kementerian Antikuiti Mesir menafikan peluang untuk menemui mayat Iskandar Zulkarnain dalam keranda batu seberat 30 tan itu dan ia terjawab semalam, lapor Reuters.

“Kami menemui tulang tiga manusia yang kelihatan seperti pengkebumian sebuah keluarga. Malangnya mumia itu tidak berada dalam keadaan baik dan hanya tulang-tuklang sahaja yang tinggal,” kata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri kepada pemberita.

Waziri berkata, mayat itu telah hancur disebabkan air kumbahan dari bangunan berhampiran telah memasuki keranda tersebut menerusi rekahan kecil pada salah satu bahagiannya.

Lokasi mayat Iskandar Zulkarnain yang meninggal dunia pada 323 SM di Babylon kekal misteri.

Penemuan keranda batu di Iskandariah itu merupakan penemuan terbaharu di Mesir pada tahun ini, termasuk penemuan makam berusia 4,400 tahun di Giza dan perkuburan kuno di Minya, selatan Kaherah.

Makam yang tidak bernama di Iskandariah itu kumingkinan besar bukan milik pemimpin ternama pada era Ptolemaic (332 SM hingga 30 SM) yang dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain atau era Rom, karta Waziri

Tindakan membuka keranda batu yang telah lama tertutup itu menimbulkan kegusaran bahawa ia boleh membebaskan sumpahan berusia 1,000 tahun.

“Kami membukanya, syukur, dunia tidak berada dalam kegelapan.

“Saya merupakan orang pertama yang memasukkan seluruh kepala dalam keranda batu ini dan saya berdiri di hadapan kamu. Saya sihat,” kata Waziri. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast