Pemain Dallas Cowbow berlutut ketika lagu kebangsaan Amerika Syarikat dimainkan.
Pemain Dallas Cowbow berlutut ketika lagu kebangsaan Amerika Syarikat dimainkan.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pemain Liga Bola Sepak Nasional (NFL) yang tidak berdiri semasa lagu kebangsaan dimainkan sepatutnya digantung sepanjang musim tanpa menerima sebarang bayaran.

Kenyataan tersebut muncul sehari selepas NFL dan kesatuan pemain menyatakan bahawa para pemain sedang berusaha mewujudkan resolusi liga berhubung polisi lagu kebangsaan.

Polisi tersebut diumumkan pada Mei lalu susulan bantahan Trump yang mahu perhatian diambil berhubung perkara itu namun pengkritik berkata ia adalah perlakuan buli terhadap kaum minoriti menerusi pelaksanaan undang-undang AS.

Trump berkata, tindakan tidak berdiri semasa lagu kebangsaan dimainkan adalah isyarat tidak menghormati bendera AS dan tentera, lapor Reuters.

“Debat lagu kebangsaan NFL masih berlangsung – amat tidak mempercayainya,” kata Trump dalam akaun Twitternya.

“Berlutut kali pertama, tidak boleh bermain. Berlutut kali kedua, tidak boleh bermain sepanjang musim/tidak menerima bayaran.

“Pesuruhjaya perlu membuat keputusan sekarang,” katanya yang merujuk kepada Pesuruhjaya Roger Goodell.

Baru-baru ini kesatuan pemain, National Football League Players Association (NFLPA) memfailkan aduan terhadap keperluan baharu liga yang memerlukan para pemain berdiri ketika lagu kebangsaan dimainkan atau menunggu di bilik persalinan.

NFL dan NFLPA berkata, tiada peraturan baharu berkaitan lagu kebangsaan akan dikeluarkan atau dilaksanakan untuk beberapa minggu akan datang ketika perbincangan dilakukan. – Agensi