Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang agak lantang menyoal tentang kuasa luar biasa  Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) di Dewan Rakyat hari ini mahu ia dibubarkan.

Beliau menyifatkan CEP sudah melangkaui tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada pentadbir negara.

Justeru, CEP perlu dibubarkan demi menjaga akauntabiliti dan ketelusan Kabinet pada masa depan kelak.

Jelas KJ, walaupun kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) mempunyai penasihat namun belum diberi kuasa melebihi batasan yang sepatutnya seperti CEP.

“CEP sebenarnya ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada kerajaan tetapi lain pula khabarnya. Mereka seolah-olah mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat keputusan juga. Kita ada dengar CEP panggil Ketua Hakim Negara, Tun Rauf Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin dan meminta mereka letak jawatan.

“Baru-baru ini, Tun Daim Zainuddin ke China untuk lakukan rundingan sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri. Ini sudah langkaui tanggungjawab CEP kerana kita juga ada Menteri Luar. Bagaimana pula Tun Daim boleh mendahului mereka?

“Ini sebenarnya boleh menimbulkan masalah akauantibiliti  seandainya dibiarkan berterusan. Lebih elok bubar sahaja kerana kini kita lihat mereka bukan sekadar badan penasihat sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tambah KJ, kerajaan terdahulu juga mempunyai penasihat namun tidak berkuasa sehingga mengarahkan Ketua Hakim Negara meletakkan jawatan.

“Setakat yang saya tahu, CEP bukan ditubuhkan ikut undang-undang. Tiada punca kuasa dan rang undang-undang,” tegasnya. –MalaysiaGazette

KJ persoal kenapa CEP terlalu berkuasa

1 Komen

  1. daim kecina tu lebih baik dari rosmah keliling dunia. nak buat teguran jangan jadi bola melantun kedinding

Comments are closed.