Bursa Malaysia ringgit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit, tetapi melantun beberapa minit selepas itu dalam menjejaki prestasi pasaran serantau yang lebih baik, manakala mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.50 mata pada 1,759.46 daripada 1,757.96 penutup Isnin.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 161 berbanding 85 dengan 186 tidak berubah manakala 1,503 tidak didagangkan dan 39 yang lain digantung.

Sejumlah 124.79 juta saham bertukar tangan bernilai RM66.88 juta. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast