Dr Xavier Jayakumar
Dr Xavier Jayakumar

KLANG – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bukan orang luar biasa, kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar. 

Beliau mendakwa, Datuk Lokman Noor Adam adalah calon yang tidak layak malah keputusan Barisan Nasional (BN) itu hanya akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. 

“(Tahun) 1998 dan 1999 saya kenal masa tu sama sama tapi dia lompat lompat. Dia (Lokman) sekarang tak tau mana nak pergi. 

“Dia bukan orang tempatan. Tak ada UMNO sini yang nak jadi calon, dia orang Johor… 

“(Dia) Bukan orang yang luar biasa. Sekarang UMNO nak bawa perubahan kononnya, ia akan memberi kemenangan pada kita sahaja. Bodoh betul,” katanya. 

Xavier yang juga Pengarah Pilihan Raya PH Selangor berkata demikian ketika program Ceramah PH di Taman Sri Andalas. 

Beliau turut  menyerang Pas yang membuat keputusan untuk tidak mahu meletakkan calon di DUN Sungai Kandis pada kali ini. 

Katanya, ia merupakan menunjukkan bahawa parti itu bekerjasama dengan UMNO. 

“(Pas) Dia kata kita tak tanding sebab tak sedia.

“Lebih baik Pas terus terang dengan kita, Pas kerja dengan UMNO ke apa,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast