TERKINI : “Model Baharu Ganti Bernas Dijangka Siap” – Salahuddin Ayub

Hasil perbincangan terhadap model baharu kajian semula dasar dalam perbekalan padi dan barangan pertanian termasuk peranan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dijangka siap September depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, model tersebut merupakan cadangan yang akan dibawa ke mesyuarat peringkat Kabinet untuk diputuskan.

Sebanyak lapan kementerian terlibat dalam perbincangan itu, katanya. “Jawatankuasa ini telah bermesyuarat pada 17 Julai lalu dan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) melibatkan lapan kementerian.

“Keputusan yang akan dicapai mungkin melibatkan akta-akta yang perlu dipinda.

Kita kena kemuka dulu satu model untuk menggantikan Bernas,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persektuan (FAMA) di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast