Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

SHAH ALAM – Walaupun jentera Barisan Nasional (BN) tidak ada bendera dan poster untuk dipasang di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, tetapi calonnya, Datuk Lokman Noor Adam masih mempunyai rakan media sosial.

Katanya, rakan media sosial banyak membantunya berkempen termasuk memberi semangat kepadanya agar tidak luntur dalam perjuangan untuk rakyat.

“Saya tahu, hari keempat kempen pun masih belum ada bendera dan poster dipasang, berbanding parti lawan dari PKR.

“Tetapi dengan keadaan seperti tangan dan kaki diikat akibat akaun parti dibeku, saya bersama jentera teruskan juga berkempen tanpa lambang parti dipasang di mana-mana tempat,” katanya pada program walkabout di Taman Sri Andalas, dekat sini, hari ini.

Suasana kempen PRK Sungai Kandis tidak semeriah pilihan raya kecil sebelum ini selepas UMNO dan BN kalah teruk pada PRU 14 yang lalu, yang menyaksikan kehilangan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Sebaik kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan, beberapa akaun UMNO pusat dan negeri dibekukan, menyebabkan segala aktiviti parti lumpuh.

Lokman bagaimanapun, akur kempennya kali ini tidak akan menyaksikan perang poster dan bendera parti kerana masalah sumber kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast