Veteran politik Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya elaun bulanan wakil rakyat yang malas menghadirkan diri semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung dipotong dan nama-nama mereka dipaparkan di akhbar atau media sosial.
Veteran politik Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya elaun bulanan wakil rakyat yang malas menghadirkan diri semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung dipotong dan nama-nama mereka dipaparkan di akhbar atau media sosial.

KUALA LUMPUR – Veteran politik Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya elaun bulanan wakil rakyat yang malas menghadirkan diri semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung dipotong dan nama-nama mereka dipaparkan di akhbar atau media sosial.

Rais dalam catatan di laman Twitternya berkata, cadangan tersebut merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah sidang Dewan Rakyat yang terganggu kerana tidak cukup korum.

“Potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan Jawatan Kuasa Pilihan Dewan,” katanya.

Semalam loceng terpaksa dibunyikan apabila Dewan Rakyat kosong sebaik sesi disambung pada pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Ahli Parlimen BN Keterah, Tan Sri Annuar Musa turut membangkitkan perihal dewan kosong.

Beliau berkata, loceng terpaksa dibunyikan dua kali kerana tidak cukup korum walaupun speaker telah berada di dalam dewan.

“Sekarang jam 3.30 petang..hanya seorang menteri yang ada dalam dewan..Semalam PM merungut tapi nampaknya tidak berkesan…kemana akhirnya HARAPAN?” katanya di laman Twitter.

annuar musa
Catatan Tan Sri Annuar Musa

Isu dewan kosong juga dibangkitkan semasa sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong, bagaimana alasan yang diberi adalah kerana Kabinet bersidang.

Bagaimanapun, agak menghairankan kerana timbalan menteri dan ahli parlimen kerajaan yang tidak terlibat dengan mesyuarat Kabinet juga tidak ponteng ketika itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast