Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam beramah mesra bersama orang ramai pada sesi walkabout di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 26 JULAI 2018.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam beramah mesra bersama orang ramai pada sesi walkabout di Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 26 JULAI 2018.

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mungkin masih tidur apabila menyatakan kehadiran bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, kononnya menguntungkan parti itu.

Datuk Lokman Noor Adam berkata, calon lawannya itu menganggap kehadiran Najib semalam seolah tidak diterima oleh rakyat dan justeru itu, beliau begitu yakin pengundi akan memberi undi kepadanya.

“Beliau lupa, sekarang adalah pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah berlalu selama 78 hari. Rakyat sedang memerhati dan menunggu 10 janji 100 hari yang kerajaan Pakatan Harapan (PH) janjikan.

“Sehingga kini, belum satu pun janji itu ditunaikan. Janji nak memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun sudah u-turn semula. Rakyat akan nampak sifat-sifat munafik ini daripada Najib,” katanya kepada media selepas program walkabout di sekitar Kampung Johan Setia, dekat sini, hari ini.

Mohd Zawawi dalam sidang medianya pagi tadi berkata, lawatan bekas Perdana Menteri dalam kempen PRK DUN Sungai Kandis semalam, membantu meraih sokongan kepadanya.

Beliau berkata, penolakan orang ramai terhadap Najib pada PRU14 yang lalu, secara tidak langsung membantunya meraih sokongan pengundi pada PRK 4 Ogos ini.

Jelas Lokman, tidak semua rakyat termakan dengan hasutan dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin PH, terutama kepada Najib mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kini, ujar beliau, segala mata dan telinga rakyat tertuju kepada janji 100 hari PH seperti hapuskan GST, hapuskan hutang tidak wajar warga peneroka Felda, gaji minimum, skandal penyelewengan, tingkat akses kualiti perkhidmatan kesihatan, harga minyak stabil, skim caruman KWSP suri rumah, pinjaman PTPTN, status Sabah dan Sarawak, dan kajian semula penganugerahan projek mega kepada negara luar.

“Setakat ini yang kita nampak, mereka hanya tukar dan buang perkataan “1Malaysia”, hendak tutup dan hapuskan beberapa skim yang kerajaan BN laksanakan sebelum ini. Padahal, semua itu untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Malah katanya, dalam tempoh 78 hari itu, rakyat mula menaruh simpati kepada Najib, terutama apa yang berlaku kepada keluarganya baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. umno jangan bohong tipu rakyat satu pun janji 100 hari tak ditunaikan . ini bukan zaman umno lagi . dua dah dilaksanakan . enam dalam proses pelaksanaan . dua lagi saja belum . bukan satu pun tak buat .

Comments are closed.