Foto Instagram Norish Karman.
Foto Instagram Norish Karman.

KUALA LUMPUR – Pelakon Norish Karman mengakui menyesal kerana tidak bertudung lebih awal sebelum ini dan agak lambat untuk memenuhi tuntutan syarak.

“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya. Saya berhijab pada 23 Februari, hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.

“Menyesal amat sangat tak berhijab lama dulu. Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah kerana seksaaan terhadap bapa kita dan diri kita sangat perit,” tulisnya Instagram.

Dia tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal Istiqamah sekali gus menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dan bab pendidikan agama.

Malah, pelakon ini turut berkongsi bagaimana bapanya begitu tegas mendidik mereka adik-beradik dengan ilmu agama.

“Semua sahabat-sahabat dan anak-anak tahu saya sangat strict bab solat dan agama related. Dari kecil takkan keluar tanpa solat Dhuha dan Yaasin. Malah anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al Mulk / Al Waqiah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast