Pemimpin PKR yakin pengundi DUN Sungai Kandis bijak menilai bahan kempen yang dibawa oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam berkaita tarian gelek sewaktu kutipan derma Tabung Harapan Malaysia.
Naib Presiden Dr Xavier Jayakumar berkata, isu yang digunakan oleh parti itu menunjukkan kekalahan mereka dengan menggunakan isu perkauman dan agama.
“Perkara pokom di Sungai Kandis ini ialah tertunjuk secara jelas UMNO kalah kerana memainkan isu-isu perkauman dan agama.
“Itu isu personal pengundi ada hak untuk ikut yang mana mereka rasa betul (menilai),” katanya ketika sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Tanah Negara.
Xavier yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor selain itu membidas Lokman apabila menyifatkannya sebagai individu yang lupa siapa yang membantunya ketika susah pada tahun 1998.