Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan memasukkan tangannya ke dalam akuarium terbuka yang menempatkan jerung di pusat beli-belah. foto Agensi

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempun mengalami keretakan pada tangannya selepasa digigit jerung yang ditempatkan dalam akuarium terbuka di pusat beli-belah di barat daya China.

Mangsa, berusia enam tahun itu dikenali sebagai Xiao Li, dikatakan telah melihat jerung di akuarium tersebut bersama nenek dan makciknya pada hari Selasa lalu.

Tiba-tiba salah seekor jerung itu telah melompat dan menggigit tanganmangsa, menurut Colorful Guizhou.

Pusat beli-belah itu tidak dinamakan tetapi ia terletak di bandar Guiyang.

Tangan kanan kanak-kanak perempuan itu mengalami keretakan di sembilan bahagian serta luka yang dalam.

Doktor yang merawat mangsa berkata, kanak-kanak itu perlu melakukan pembedahan jika tangannya tidak boleh baik.

Ibu kanak-kanak itu berkata, Xiao Li tidak meletakkan tangannya dalam akuarium itu, sebaliknya hanya bersandar.

“Jerung tersebut melompat dan menyerangnya,” kata Wang.

Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kanak-kanak itu mencecahkan tangannya ke dalam air.

“Jika anda tidak meletakkan tangan dalam air, jerung itu tidak akan melompat dan menyerang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast