KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa akaun peribadi milik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
“Ia tidak benar sama sekali,” katanya ringkas.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menafikan dakwaan yang sama berhubung perkara berkenaan.
Syed Saddiq berkata penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan isu 1MDB.- BERNAMA
Jangan kaitkan Chong Wei dengan 1MDB