Kejadian hutan di California yelah mengorbankan enam nyawa.
Kejadian hutan di California yelah mengorbankan enam nyawa.

LOS ANGELES – Seramai 10,000 penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing berikutan kebakaran hutan yang berlaku di daerah Mendocino dan Lake, semalam.

Kebakaran itu membabitkan kemusnahan di kawaasan seluas 225 kilometer persegi.

Kejadian yang melanda seluruh California sejak 3 Julai lalu menyebabkan enam terkorban, selain merosakkan 700 buah rumah di Redding yang terletak berhampiran dengan lokasi kebakaran.

Ed Bledsoe, yang kehilangan isteri dan dua cucu cucu dalam kebakaran itu berkata, dia tidak menerima arahan untuk berpindah.

“Saya hanya dapat bercakap dengan cucu menerusi telefon dan dia berkata, datuk datang keluarkan kami, ada api di pintu belakang,” kata Bledsoe. – MalaysiaGazette