KUALA LUMPUR – Mohd Azlan Zainal dilantik sebagai pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Centre berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Ilham Centre dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan pelantikan tersebut.
Dalam kenyataan sama Ilham menyatakan perletakan jawatan oleh Hisomuddin Bakar yang menyandang jawatan itu sebelum ini.
“Ilham Centre menerima dengan berat hati keputusan yang dibuat oleh saudara Hisomuddin Bakar untuk melepaskan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif yang disandangnya sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006,” menurut kenyataan itu.
Ilham Centre menyatakan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang telah dilakukan oleh Hisomuddin semasa menerajui syarikat itu.
“Dengan keputusan Hisomuddin itu, Ilham Centre mengumumkan pelantikan Mohd Azlan sebagai pemangku OPengarah Eksekutif berkuatkuasa 1 Ogos 2018,” tegas kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette