KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membayar peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 15 Ogos ini.
Pembayaran ini melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 billion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dengan agihan Bantuan Sara Hidup ini, penerima-penerima dapat membuat persiapan menyambut Aidil Adha nanti.
Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke
alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional yang berhampiran. – MalaysiaGazette