Puncak Kebnekaise, gunung tertinggi di Sweden dengan ketinggian 2,103 meter. foto Agensi

STOCKHOLM – Cuaca panas yang tinggi telah mengakibatkan puncak selatan Gunung Kebnekaise kehilangan ‘mahkota’ sebagai titik tertinggi di Sweden.

Sebaliknya, puncak utara Kebnekaise kini lebih tinggi selepas suhu melambung tinggi, sekaligus menyaksikan ketinggian bahagian itu terdiri daripada batu dan bukannya air.

Puncak selatan diukur 2,097 meter (6,879 kaki) di atas paras laut pada 31 Julai, susut daripada 2,101 meter pada 2 Julai, menurut data dari stesen penyelidikan Tarfala.

Manakala ketinggian puncak utara adalah 2,096.8 meter dan stesen penyelidikan menganggarkan ia telah mengatasi puncak selatan sebagai titik tertinggi Sweden pada 1 Ogos apabila ais cair secara berterusan.

Bulan Julai menyaksikan sebahagian besar Sweden merekodkan suhu paling panas dengan kemarau yang teruk hinggakan berlaku kebakaran hutan terburuk.

Suhu bulan lepas adalah 3-5 darjah Celsius lebih panas daripada kebiasaan, dengan beberapa stesen cuaca di utara Sweden mencatatkan suhu purata di atas 20 darjah (68 darjah Fahrenheit), menurut Institut Meteorologi dan Hidrologi Sweden. – MalaysiaGazette