Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking sambil diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr.Hafsah Hashim (dua kanan), Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak (kiri) dan Pengarah Kanan MITI, Zainuddin Ahmad bergambar kenangan selepas selesai sidang media mengenai prestasi PKS pada 2017 dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), eksport dan guna tenaga di Aras 31, Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah menyumbang sebanyak RM435.1 bilion pada tahun 2017 dengan merekodkan pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus.

Angka itu merupakan peningkatan sebanyak dua peratus berbanding pertumbuhan KDNK bagi tahun 2016 iaitu sebanyak 5.2 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leking berkata, hasil sumbangan PKS kepada KDNK meningkat kepada 37.1 peratus daripada 36.6 peratus pada tahun 2016.

Pertumbuhan KDNK PKS yang lebih tinggi dicatatkan dalam semua sektor ekonomi utama terutama dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.

“Melangkah ke hadapan, PKS dijangka memainkan peranan lebih besar bukan hanya sebagai pendorong tetapi sebagai pemacu utama pertumbuhan .

“Dalam tempoh 14 tahun lalu dari tahun 2004 hingga tahun 2017, pertumbuhan KDNK PKS secara konsisten telah mengatasi ekonomi keseluruhan dengan purata pada 6.6 peratus setahun berbanding pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 5.12 peratus.

“Justeru dari segi eksport PKS, merekodkan pertumbuhan yang tinggi sebanyak 7.9 peratus pada tahun 2017 berbanding 7.0 pada tahun 2016 disebabkan eksport komoditi yang tinggi seperti kelapa sawit, getah, produk elektrik dan elektronik,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Turut hadir ialah timbalannya, Ong Kian Ming, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Tambah Darrell,  daripada segi hasil sumbangan eksport PKS kepada eksport keseluruhan menurun kepada 17.3 peratus dan daripada segi nilai, eksport PKS meningkat sebanyak RM12.3 blion menjadi RM167.4 bilion pada tahun 2017 berbanding RM155.1 bilion pada tahun 2016.

Justeru katanya, sumbangan guna tenaga PKS kepada guna tenaga keseluruhan meningkat kepada 66.0 peratus pada tahun 2017 berbanding 65.3 peratus pada tahun 2016.

“Prestasi menggalakkan ini disebabkan oleh pendekatan yang berstruktur dan terselaras dalam pembangunan PKS serta kejayaan dalam melaksanakan inisiatif di bawah pelan Induk PKS menjelang 2020 yang mensasarkan sumbangan KDNK mencecah 41 peratus, eksport negara 23 peratus dan guna tenaga 65 peratus.

“Hasil kaji selidik PKS suku ketiga tahun 2017 oleh SME Corp. Malaysia menunjukkan PKS terus mengalami peningkatan kos menjalankan perniagaan dengan lebih dari dua pertiga (69 peratus) daripada 1,469 responden mengalami purata peningkatan tahunan sebanyak 20 peratus dalam kos operasi.

“Peningkatan kos ini disebabkan harga bahan mentah dan kos inout lain yang tinggi,bil utiliti, kos mkinyak dan gas untuk oengangkutan yang tinggi serta upah dan gaji” tegas beliau.- MalaysiaGazette