Abdul Hamid Yeop Zainuddin menunjukkan prototaip sistem penggunaan air yang dapat menjimatkan penggunaan petrol pada sesebuah kenderaan di Pejabat Malaysia Gazette. foto IQBAL BASRI.
Abdul Hamid Yeop Zainuddin menunjukkan prototaip sistem penggunaan air yang dapat menjimatkan penggunaan petrol pada sesebuah kenderaan di Pejabat Malaysia Gazette. foto IQBAL BASRI.

KUALA LUMPUR – Ketika semua pihak menyambut dingin cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengeluarkan kereta nasional ketiga negara ada pihak menyambut baik cadangan tersebut.

Malah mereka menggesa ia perlu dilaksanakan segera namun perlu ada pengubahsuaian.

Satu kumpulan pengkaji berpendapat, sudah tiba masanya Malaysia mempelopori kenderaan menggunakan tenaga air (waterfuel) pada masa depan.

Jurucakap kumpulan penyelidik itu, Wan Noor Hayati Wan Alias berkata, transformasi automotif yang bergantung kepada bahan bakar berasaskan fosil sepenuhnya itu wajar diberi alternatif.

“Saya juga tertarik dengan isu global masalah minyak fosil yang dijangka akan habis. Ketika di seluruh dunia sedang giat mencari sumber bahanapi alternatif nampaknya sambutan dingin di negara kita.

“Susulan cadangan itu, idea kereta ketiga Tun M itu lebih baik jika bukan seperti kereta komersil sedia ada menggunakan minyak fosil iaitu petrol atau diesel tetapi menggunakan teknologi waterfuel,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

WhatsApp Image 2018-08-04 at 8.10.57 PM
Ibuyati

Wan Noor Hayati atau dikenali sebagai Ibuyati yang juga wartawan yang membuat analisis mengenai waterfuel sejak tahun 2016 lagi.

Waterfuel menggunakan air sebagai bahan api menggantikan atau sebagai tambahan sekiranya tidak menggunakan petrol atau diesel.

Bagaimanapun, menurut Ibuyati, cadangan menggunakan tenaga air untuk projek kereta nasional terbaharu itu perlu dilaksanakan oleh kerajaan sendiri bukan oleh pihak swasta.

Ia juga solusi kepada usaha kerajaan mengurangkan masalah kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.

“Ini kerana kenderaan yang menggunakan air sebagai bahan api sudah tentu boleh dipasarkan dengan mudah ke seluruh dunia.

Pendapatan bukan sahaja berbilion malah bertrilion ringgit sudah tentu akan membantu kewangan kerajaan untuk melaksanakan lebih banyak lagi projek untuk rakyat.

“Amatlah ruginya jika diberikan kepada pihak swasta,” ujarnya lagi.

Ibuyati menambah, kerajaan BN terdahulu turut berkempen kearah kenderaan dan pengangkutan awam yang mesra alam sekitar namun dilihat masih gagal dan sia-sia kerana kenderaan tetap menggunakan minyak petrol atau diesel yang mengeluarkan karbon yang banyak, antara punca utama pencemaran alam sekitar.

“Sebaliknya kereta nasional ketiga ini menjamin mesra alam sekitar kerana tidak ada karbon yang dilepaskan malah ekzos kenderaan mengeluarkan air jernih yang bersih.

“Namun menafaat yang paling berharga kepada pengguna ialah dapat mengatasi masalah kenaikan harga minyak. Teknologi kereta nasional ketiga ini membolehkan penggunaan secara hibrid petrol dan air serentak, menggunakan petrol sepenuhnya, atau menggunakan air sepenuhnya.

“Jika menggunakan hibrid air dan petrol (atau diesel) penjimatan yang banyak boleh diperoleh.

“Jika menggunakan air sepenuhnya sudah tentulah penjimatqn minyak 100 peratus kerana langsung tidak menggunakan minyak dan air adalah ‘percuma’,” katanya.

Menurut Ibuyati, banyak lagi menafaat yang boleh diperoleh seperti enjin yang lebih sejuk, lebih berkuasa dan lancar, lebih tahan lama, pembakaran yang lebih sempurna dan sebagainya.

Dalam pada itu, seorang penganalisis bebas, A. Hamid YZ pula berpendapat, kerajaan dicadangkan meminda undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu bagi membenarkan kenderaan didaftarkan sebagai menggunakan air sepenuhnya sebagai bahan api.

MGF30062018_Temubual Eksklusif_06
Penganalisis bebas, Abdul Hamid Bin Yeop Zainuddin.

Ketika ini, katanya, hanya kenderaan menggunakan petrol, diesel atau hibrid dengan NGV dan elektrik sahaja dibenarkan.

“Tetapi tidak ada masalah jika hendak digunakan sebagai hibrid, atau tambahan kepada kenderaan sedia sebagaimana hibrid petrol atau diesel dan NGV, petrol dan elektrik” kata Hamid yang juga merupakan pakar matematik gunaan yang bekerjasama dengan Ibuyati menghasilkan formula air sebagai bahan api kenderaan.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan bersetuju, pihaknya bersedia membantu menggunakan formula yang mereka miliki bagi menjadikan kenderaan menggunakan air sebagai bahan api menjadi realiti di Malaysia.

Terbaharu, kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof semalam kemungkinan projek kereta nasional itu dilancarkan tahun 2020 juga dilihat sudah sampai masa ia perlu dilakukan mengikut transformasi selaras dengan imej kerajaan baharu di negara ini.

Malaysia Gazette akan melaporkan lagi susulan sistem kenderaan menggunakan teknologi Waterfuel selepas ini. – MalaysiaGazette

 

Projek kereta nasional ketiga dilancar pada tahun 2020

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kilang kereta ni kena bina d sabah klau betul.kerajaan serius.mahu tingkatkan ekonomi sabah serawal,,bertepatan pula indonesia jiga rakan kongsi untuk.bina kereta ni dan sabah berjiran dengan kalimantan yg mana nasibnya sama.mcm.sabah ketingalan berbanding sumatera,,,,,in sya allah jika d bina d sabah ekonomi.sabah serawak.kalimantan pasti berkembang baik kerana kilang kereta ini.pasti membuka peluang pekerjaan yg banyak dan peluang2 bisnes yg bagus

Comments are closed.