Kapal Equanimity
Kapal Equanimity

KUALA LUMPUR –  Kapal Equanimity yang dipercayai milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dijangka tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang tengah hari ini, menurut sumber polis.

Kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai RM1 bilion dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB. Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan turut bersuhabat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas pihak berkuasa republik itu kepada Malaysia.

Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ)  namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya. Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast