Auckland- New Zealand akan mengharamkan penggunaan beg plastik sekali guna (single use plastic bag) dalam tempoh satu tahun akan datang.
Dalam satu pengumuman kerajaan menegaskan, semua kedai di negara berkenaan diberikan tempoh selama enam bulan untuk menyediakan beg plastik ringan atau berhadapan dengan denda sehingga NZ$100,000.
“Kami akan mengharamkan penggunaan beg plastik sekali guna supaya alam sekitar New Zealand lebih bersih dan terjamin,” kata Perdana Menterinya, Jacinda Ardern.
Menurur Arden, setiap tahun rakyat New Zealand menggunakan ratusan juta bag plastik yang akhirnya akan mencemari perairan negara dan menganggu ekosistem marin.
Tambahnya, rakyat New Zealand mahu langkah diambil bagi mengatasi masalah tersebut dan sejumlah 65,00 orang telah menandatangani satu petisyen yang meminta supaya pengguna beg plasti sekali guna diharamkan.
“Ia juga merupakan antara subjek terbesar yang ditulis oleh pelajar sekolah kepada saya,” katanya.
New Zealand merupakan antara negara di dunia yang mempunyai kadar pengeluaran sampah urban tertinggi dengan sejumlah 750 juta beg plastik membeli belah digunakan atau secara puratanya kira-kira 154 keping bagi setiap orang setiap tahun.-Agensi