Nor Amisah Abdullah

KUALA LUMPUR – Pelakon drama, Nor Amisah Abdullah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Jalan Ipoh pukul 9.20 pagi tadi akibat sesak nafas.

Allahyarham yang berusia 52 tahun turut menghidap asma dan penyakit tonsil.

Jenazah dibawa ke Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh untuk disempurnakan sebelum dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bangko, Jalan Kuching.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak serta suami.

Nor Amisah memulakan karier sebagai pelakon tambahan dan sejak itu dia banyak membintangi drama dan filem tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast