Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan mengembalikan jawatan kepada mana-mana Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran kes tertentu.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya didapati pemecatan itu tidak mengikut lunas undang-undang, maka tindakan membenarkan semula pegawai berkenaan bertugas termasuk membayar pampasan akan digunakan kerajaan.