Pas menganggap pencapaian Pakatan Harapan (PH) hanya pada gred D kerana hanya berjaya melaksanakan 30 peratus manifesto 100 hari yang dijanjikan sebelum ini, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Itu kiasan Timbalan Presiden Pas yang menganggap jika pelajar mendapat gred sedemikian mereka wajar mengambil semula peperiksaan.
Apa pun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mahu kerajaan PH perlu bertanggungjawab atas kegagalan itu. “Saya letak (markah) dalam 27 hingga 30 peratus. PH hanya berjaya Gred D..tengah ulang balik kertas peperiksaan tersebut.