Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan semula jet peribadi dipercayai milik ahli perniagaan yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jet itu yang kini berada di Singapura akan disiasat terlebih dahulu sama ada ia dibeli menggunakan wang 1MDB atau sebaliknya.
“Kalau jet itu dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB, jet peribadi itu akan jadi milik kerajaan Malaysia dan kita akan ambilnya semula,” katanya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Hospital Pakar Cardiac Vascular Sentral (CVSKL) Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini.